Pelakon dan pengacara terkenal Datin Lisa Surihani sekali lagi mencuri perhatian apabila sisi peribadinya sepanjang berada di Tanah Suci menunaikan ibadah haji menjadi contoh tauladan untuk semua.

Perkongsian seorang individu dikenali sebagai Dr Amirul Hassan mengenai nota catatan peribadi pelakon, Datin Lisa Surihani mencuri perhatian ramai di media sosial.

Menerusi video yang dikongsikan, Dr Amirul meluahkan rasa kagum apabila melihat buku nota milik pelakon itu yang dipenuhi dengan catatan ilmu agama sebagai persediaan rohani untuk menghadapi hari-hari haji.

“Amaze sangat dengan catatan Hajjah Lisa Surihani sebagai persediaan rohani beliau sendiri menghadapi hari-hari haji. Banyak doa-doa yang saya kongsi, dia sendiri aware dan hafal, MasyaAllah,” katanya.

Di sebalik kesibukan menjalani setiap rukun dan tuntutan ibadah, Lisa dilihat tidak melepaskan peluang untuk mencatat pelbagai ilmu agama yang dipelajari sepanjang berada di bumi Mekah.

Menerusi perkongsian tersebut, terdapat sebuah buku nota peribadi yang menjadi teman setia dalam perjalanan spiritualnya.

Apa yang lebih menarik perhatian netizen ialah tulisan tangan Lisa yang kemas, tersusun dan penuh dengan nota penting berkaitan ilmu agama serta doa-doa yang dipelajarinya.

Ruangan komen turut dibanjiri pujian daripada orang ramai yang menyifatkan usaha pelakon itu sebagai contoh yang baik, terutama dalam usaha menuntut ilmu dan membuat persiapan rohani sebelum menunaikan ibadah haji.

Peluang berada di Tanah Suci bukan sekadar untuk menunaikan ibadah wajib, tetapi juga medan terbaik untuk menimba ilmu dan memperbaiki diri. Setiap perkongsian daripada astaizah, tazkirah serta pengajaran yang diperoleh sepanjang musim haji dicatatkan dnegan teliti agar tidak hilang ditelan waktu.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian ramai yang kagum dengan kesungguhannya memanfaatkan setiap detik berharga di tanah haram. Ramai menyifatkan amalan mencatat ilmu sebagai satu usaha yang wajar dicontohi kerana ia membantu seseorang mengingati dan menghayati setiap pengajaran yang diterima.

Lebih menyentuh hati, catatan tersebut bukan sekadar himpunan nota biasa, sebaliknya menjadi simbol kesungguhan seorang hamba yang ingin membawa pulang sesuatu yang lebih bernilai daripada sekadar kenangan perjalanan.

Bagi Lisa, ilmu yang diperoleh di Tanah Suci merupakan bekalan rohani yang akan terus membimbing kehidupannya selepas kembali ke tanah air.

Dalam era serba pantas dan dipenuhi pelbagai gangguan, tindakan Lisa meluangkan masa untuk menulis dan merenung kembali ilmu yang dipelajari mengingatkan kita bahawa perjalanan haji bukan hanya melibatkan fizikal, tetapi juga proses mendidik jiwa dan hati.

Perkongsian itu secara tidak langsung menjadi inspirasi kepada ramai wanita dan ibu untuk sentiasa memperuntukkan masa mendekatkan diri kepada Allah, walau dalam apa jua keadaan.

Sesungguhnya, setiap ilmu yang dicatat dan diamalkan mampu menjadi cahaya yang menerangi perjalanan hidup, bukan sahaja ketika berada di Tanah Suci, malah untuk sepanjang hayat.

Subhanallah.

Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading