Memasuki tahun kedua sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH), Irkaz Travel & Tours Sdn. Bhd. (Irkaz Travel) terus memperkukuh komitmennya dalam menawarkan pengurusan dan perkhidmatan Haji yang teratur, selesa serta memberi keutamaan kepada kebajikan jemaah.

Musim Haji 1448H/2027M menandakan tahun kedua Irkaz Travel dipilih sebagai Pengelola Jemaah Haji selepas mengendalikan dua kumpulan jemaah pada musim pertamanya, 1447H/2026M.

A man in formal attire holds two certificates while standing in front of a backdrop featuring a logo and event title related to Hajj management.
Ketua Operasi Haji Irkaz Travel, Haji Amzari Jaafar

Ketua Operasi Haji Irkaz Travel, Haji Amzari Jaafar berkata, kepercayaan yang diberikan untuk tahun kedua menjadi satu tanggungjawab besar buat syarikat dalam memastikan mutu perkhidmatan terus dipertingkatkan berdasarkan pengalaman mengendalikan jemaah pada musim lalu.

“Alhamdulillah, tahun ini merupakan tahun kedua Irkaz Travel diberi peluang dan kepercayaan sebagai Pengelola Jemaah Haji. Pengalaman musim pertama banyak mengajar kami mengenai keperluan sebenar jemaah, bukan sahaja dari aspek operasi tetapi juga keselesaan, kebajikan dan bimbingan sepanjang berada di Tanah Suci.

“Pengalaman tersebut menjadi asas untuk kami memperkemaskan lagi persediaan bagi musim 1448H/2027M. Kami mahu setiap jemaah yang bersama Irkaz Travel dapat memberi tumpuan kepada ibadah dengan lebih tenang kerana urusan perjalanan mereka diuruskan sebaik mungkin,” katanya.

Pada musim lalu, Irkaz Travel turut mengendalikan perjalanan Haji beberapa personaliti terkenal termasuk Datin Hajah Lisa Surihani dan penyanyi Haji Shah Indrawan atau Tomok.

Irkaz Travel mempunyai pasukan operasi dan bimbingan yang merangkumi Ketua Operasi Haji, Eksekutif Operasi Haji, Tour Leader, Mutawif serta Guru Agama bagi membantu perjalanan dan keperluan jemaah.

Four women posing in traditional attire near the Kaaba in Mecca, with illuminated buildings in the background.

Bagi musim 1448H/2027M, Irkaz Travel turut mengumumkan Datin Hajah Lisa Surihani sebagai jurucakap Irkaz Travel, meneruskan hubungan yang terjalin sejak beliau pertama kali bersama syarikat itu untuk menunaikan Umrah pada 2022.

Lisa kemudiannya kembali memilih Irkaz Travel bagi menunaikan ibadah Haji pada musim 1447H/2026M.

A smiling woman wearing a light beige hijab and matching long-sleeve outfit, posing against a dark background.

Selepas melalui sendiri pengalaman sebagai jemaah, Lisa kini memainkan peranan baharu dengan berkongsi pengalaman serta menyampaikan maklumat kepada masyarakat, khususnya bakal jemaah yang sedang membuat persediaan untuk menunaikan Haji.

Sementara itu Pengarah Urusan Irkaz Travel & Tours Sdn. Bhd., Mohd Zakri Mohamad Nor berkata, pemilihan Lisa sebagai duta Irkaz Travel mempunyai nilai tersendiri kerana beliau mempunyai pengalaman sebenar menggunakan perkhidmatan Irkaz Travel.

“Hubungan kami dengan Lisa bukan bermula sebagai duta. Beliau terlebih dahulu mengenali Irkaz Travel sebagai jemaah umrah pada tahun 2022 sebelum kembali bersama kami untuk menunaikan Haji tahun ini.

“Jadi apabila Lisa berkongsi mengenai Irkaz Travel, beliau berkongsi berdasarkan pengalaman yang dilaluinya sendiri. Kami percaya pengalaman itu membolehkan beliau menyampaikan kepada masyarakat gambaran yang lebih dekat tentang persediaan dan perjalanan sebagai seorang jemaah,” katanya.

Lisa sebelum ini menyifatkan perjalanan ibadah Haji bersama Irkaz Travel sebagai teratur, selesa dan penuh makna, selain merasakan urusannya dijaga dengan baik sepanjang berada di Tanah Suci.

TAWARAN SEHINGGA RM5,000 DI KARNIVAL HAJI, UMRAH & PELANCONGAN

Dalam pada itu, Irkaz Travel bakal menyertai Karnival Haji, Umrah & Pelancongan 1448H/2027M yang berlangsung selama tiga hari bermula 9 hingga 11 Oktober 2026 di Movenpick Convention Centre, Sepang.

Sempena karnival berkenaan, Irkaz Travel menawarkan diskaun sehingga RM5,000 kepada bakal jemaah yang mendaftar pakej Haji, tertakluk kepada terma dan syarat.

Promotional banner for Irkaz Travel at KHUP 5 event, featuring information about Hajj and Umrah packages. Includes details such as booth numbers A041, A042, A043, A044, location at Mövenpick Hotel & Convention Centre, and date from October 9 to 11.

“Penyertaan kami dalam karnival ini memberi peluang kepada bakal jemaah dan ahli keluarga untuk bertemu sendiri dengan pasukan Irkaz Travel, bertanya soalan dan memahami dengan lebih jelas mengenai pakej, perjalanan serta persediaan sebelum membuat keputusan.

“Sempena tiga hari karnival ini, kami turut menyediakan tawaran istimewa sehingga RM5,000 sebagai salah satu nilai tambahan kepada bakal jemaah yang memilih untuk bersama Irkaz Travel bagi musim Haji akan datang,” kata Mohd Zakri.

Pengunjung boleh bertemu pasukan Irkaz Travel di Booth A041 hingga A044, berhampiran pintu masuk Dewan Mentari.

DUA PILIHAN PAKEJ HAJI 1448H/2027M

Bagi musim 1448H/2027M, Irkaz Travel menawarkan dua pilihan utama iaitu Pakej Selesa dan Pakej Premium Rotana.

Pakej Selesa ditawarkan pada harga rasmi bermula RM49,999 bagi bilik berempat. Dengan tawaran khas sempena karnival sehingga RM5,000, bakal jemaah berpeluang mendapatkannya pada harga serendah RM44,999, tertakluk kepada terma dan syarat promosi.

Advertisement for Hajj packages offered by Irkaz Travel, showcasing various accommodation options and prices for 2027.

Sementara itu, Pakej Premium Rotana ditawarkan bermula RM74,999 bagi bilik berempat, dengan antara kemudahan utama termasuk penginapan di Al Marwa Rayhaan by Rotana, kira-kira 100 meter dari Masjidil Haram.

Pakej berkenaan turut merangkumi penginapan di Aziziyah dan Grand Millennium Al Haram Hotel, kira-kira 50 meter dari Masjid Nabawi, selain perjalanan dari Mekah ke Madinah menggunakan Haramain High Speed Train.

Antara kemudahan lain yang disediakan termasuk pengangkutan ziarah berhawa dingin di Mekah dan Madinah, makanan tiga kali sehari serta khidmat petugas Haji dan mutawif berpengalaman.

Bakal jemaah dan ahli keluarga dijemput hadir ke Karnival Haji, Umrah & Pelancongan 1448H/2027M pada 9 hingga 11 Oktober 2026 untuk mendapatkan penerangan lanjut mengenai pakej, perjalanan serta persediaan Haji bersama pasukan Irkaz Travel.

Irkaz Travel & Tours menyasarkan seramai 300 jemaah bagi musim Haji 1448H/2027M menerusi dua pilihan pakej yang ditawarkan, iaitu Pakej Selesa dan Pakej Premium Rotana.

Pakej Selesa disasarkan kepada bakal jemaah Panggilan Pertama (P1), iaitu mereka yang telah menerima tawaran rasmi menunaikan ibadah haji daripada Lembaga Tabung Haji Malaysia.

Sasaran ini mencerminkan komitmen Irkaz Travel untuk terus menyediakan perkhidmatan pengurusan haji yang berkualiti, selesa dan teratur demi memastikan kelancaran perjalanan ibadah para jemaah di Tanah Suci.

Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading