Pernah tak terfikir, memegang gelaran seorang ibu, isteri, anak dan pada masa sama mengejar kerjaya bukanlah sesuatu yang mudah.

Dalam kesibukan itulah, keyakinan diri kadangkala perlahan-lahan menghilang, terutama apabila tubuh dan emosi berubah selepas melahirkan cahaya mata.

Burn out is real!

lDi sebalik penampilan yang sentiasa anggun dan penuh pesona, pelakon popular Fasha Sandha mendedahkan dirinya pernah melalui fasa sukar untuk menerima perubahan diri selepas bersalin.

” Ramai menyangka kecantikan hanya diukur melalui wajah atau bentuk tubuh, sedangkan bagi diri saya, kecantikan sebenar lahir apabila seseorang wanita berasa gembira dan yakin dengan diri sendiri,” ujar Fasha yang kini dilantik menjadi duta Safi Rania Gold.

“Pada saya, cantik bukan hanya luaran, tetapi juga dalaman. Bila diri rasa cantik dan yakin, kita akan rasa gembira. Daripada situlah seri itu akan terpancar.”

Fasa Down Fasha Sandha

“Saya juga pernah melalui fasa rasa down dan sangat tidak berkeyakinan,” ujar Fasha memulakan cerita mengenai saat atau detik terendah dalam fasa kehidupannya.

“Perasaan itu timbul selepas melahirkan anak, kita rasa badan sudah berubah, kulit jadi kusam dan seolah-olah diri ini sudah tidak cantik,” ungkap isteri kesayangan Aidil Aziz lagi.

Tidak dinafikan. pengakuan jujur itu pastinya pernah dialami oleh ramai wanita di luar sana. Perubahan fizikal selepas bersalin sering membuatkan ibu berasa kurang selesa dengan diri sendiri sekaligus menyebabkan self esteem menjadi lemah.

Mana tidaknya, dalam fasa ini, mereka lebih banyak memikirkan keperluan anak, keluarga dan pasangan berbanding kebahagiaan sendiri.

“Kita jangan letakkan diri di kedudukan paling bawah. Selalu kita utamakan kerja, keluarga dan suami sampai terlupa pada diri sendiri. Sedangkan kita juga perlu dijaga.Wanita juga berhak memberi perhatian kepada diri sendiri tanpa perlu berasa bersalah.”

Usia Lebih Matang

Pelakon cantik ini menginjak usia yang lebih matang. Pada usia 42 tahun, fasha mengakui kini lebih memahami kepentingan menghargai diri. Meletakkan fasa menjaga diri bukan sekadar soal penampilan, tetapi juga meliputi aspek kesihatan, kesejahteraan emosi dan rasa hormat terhadap diri sendiri.

“Bila usia semakin meningkat, saya sedar kita kena jaga diri sendiri. Kalau kita tak jaga diri, siapa lagi yang akan sayang kita?

“Saya yakin apabila seseorang wanita bahagia dan menghargai dirinya, aura positif itu bukan sahaja memberi manfaat kepada diri sendiri, malah turut memberi inspirasi kepada orang di sekeliling.

“Bila kita sayang diri sendiri, insya-ALLAH kita juga boleh menjadi inspirasi kepada orang lain,” ujar Fasha seraya mengakhiri perbualan.

Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylmediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading