Alhamdulillah. Syukur dan penuh rasa kegembiraan. Pelakon, Datin Lisa Surihani selamat tiba ke tanah air usai menunaikan ibadah haji dan tiba sekitar tengah hari tadi.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Meletop, kepulangan Lisa menyentuh hati ramai apabila ketiga-tiga cahaya matanya dilihat meluru dan berebut untuk memeluk ibu mereka sebaik tiba di balai ketibaan.
Momen penuh emosi itu kemudian disusuli suami tercinta, Datuk Yusry Abdul Halim yang turut menyertai anak-anak memeluk Lisa sebelum mengucup dahi isterinya sebagai tanda syukur dan rindu.
Menerusi rakaman video dikongsikan, Yusry, 52, meluahkan rasa syukur apabila isterinya selesai menunaikan rukun Islam kelima dengan selamat.
Kejutan Untuk Anak-Anak
Menurut Yusry, dia dan isteri telah merancang kejutan istimewa buat anak-anak untuk menyambut kepulangan ibunya yang menunaikan ibadah haji.
“Alhamdulillah dah selesai ibadah haji dia, anak-anak juga ada disini cuma mereka lupa kot pasal tarikh.
“Sebab cakap pergi airport nak jemput sepupu mereka. Mungkin mereka tak perasaan. Tak sabar nak tengok reaksi mereka nanti,” katanya memetik portal Gempak.
Pada masa sama, Yusry juga akui anak-anak sememangnya tidak sabar untuk berjumpa dengan ibu mereka.
“Memang rindu, satu keluarga rindu Lisa, tapi kita tahu dia ke sana bukan untuk bercuti tapi untuk menunaikan ibadah. Kita tak kacau dia kat sana dan bila dah selesai baru kita datang.
” Mereka menghitung hari sebenarnya. Mereka asyik tanya bila ibu mereka nak balik,” tambahnya.

“Rumah terasa Sunyi, tak Sempurna”..Yusry
Menurut Yusry, ketiadaan Lisa sepanjang tempoh berada di Tanah Suci membuatkan suasana kediaman mereka terasa sunyi biarpun ditemani anak-anak.
“Rumah tidak sama tanpa dia, bila balik rumah tu mestilah anak-anak ada tapi rasa lain tanpa kehadiran dia,” kata Yusry.
“Alhamdulillah, dah selesai ibadah dilakukan. Rumah tak rasa macam rumah. Walaupun anak-anak ada, tetapi rumah itu rasa tak sempurna,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan Lisa berada di Makkah selama 45 hari selepas berangkat menunaikan ibadah haji pada 7 Mei lalu.
Bagaimanapun, Yusry dilaporkan tidak dapat berangkat bersama selepas rayuannya untuk mendapatkan visa haji tidak berjaya.
Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com




Leave a Reply