Melihat kelibat Datin Hajjah Lisa Surihani setia menemani suami tersayang, Datuk Yusry Abdul Halim dalam program Kilauan Emas Selebriti (KES) baru-baru ini mengingatkan sesuatu yang penting dalam kehidupan berumahtangga.

Tidak perlu menunjukkan kasih sayang secara berlebih-lebihan, cukup sekadar hadir ketika diperlukan, mengambil berat tentang perkara kecil dan memastikan insan tersayang tidak melalui sesuatu perjalanan seorang diri.

A man wearing a beige jacket over a light shirt, posing thoughtfully against a dark blue background.

Teringat momen sayu apabila pasangan ini terpaksa ‘berpisah sementara’ ketika Datrin Lisa Surihani dijemput menunaikan haji, jelas kelihatan wajah sugul Datuk Yusry dan ketika menghadiri majlis pelancaran album terbaharunya, bibir tidak lekang bercerita tentang isteri tersayang yang jauh di mata.

Datuk Yusry Abdul Halim melontarkan penghargaan buat isterinya, Datin Lisa Surihani, yang sentiasa berada di sisi sepanjang penglibatannya dalam program Kilauan Emas Selebriti (KES) selepas pulang dari mengerjakan Haji.

Untuk rekod, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dan kini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.

A family of four poses together in a spacious indoor area. The father holds a young boy, while the mother wears a white outfit and stands in the center. Two children, one wearing a black hijab and the other in a black shirt, are beside them. The background features a modern architectural design.

Menerusi satu hantaran di media sosial, ahli kumpulan KRU itu berkongsi bagaimana permaisuri hatinya itu sanggup meluangkan masa memberikan sokongan moral kepadanya sepanjang tujuh minggu program berkenaan.

Menurut Yusry, ada ketika Lisa sanggup terbang dari Kota Bharu terus ke Shah Alam semata-mata kerana mengetahui suaminya memerlukan sokongan.

“Ada few weeks yang dia fly in straight dari Kota Bharu terus ke Shah Alam sebab dia tahu her husband needs her for moral support,” tulisnya.

A smiling woman wearing a beige hijab and a light-colored floral blouse, posing against a dark background.

Bukan itu sahaja, Lisa turut mengambil berat tentang persiapan suami sepanjang program tersebut, termasuk menguruskan pemilihan pakaian bersama pereka fesyen Hatta Dolmat.

“Dia juga yang arrange for my wardrobe dengan Hatta Dolmat. Everything was planned and arranged ahead of time,” katanya.

Penghargaan tersebut turut disusuli ucapan penuh kasih buat wanita yang disifatkan sentiasa ada bersamanya.

“I love you wifey. Thank you sayang. Thank you so much for always being there,” ungkap Yusry lagi.

A man with dark hair poses thoughtfully in a stylish outfit, featuring a light brown jacket over a beige shirt, against a textured blue background.

Datuk Yusry amat menghargai isteri tersayang yang sentiasa menjadi tulang belakang dan sumber kekuatan dalam setiap langkah kehidupannya.

Bukan sahaja memberikan sokongan dalam perjalanan kerjaya, malah isterinya turut memainkan peranan besar dalam mengurus dan membina kehidupan berkeluarga dengan penuh kasih sayang, kesabaran dan pengertian.

Baginya, kejayaan yang dikecapi bukanlah hasil usaha seorang diri, tetapi turut lahir daripada doa, pengorbanan dan sokongan insan yang sentiasa berada di sisi ketika susah mahupun senang. Kisah ini menjadi inspirasi bahawa di sebalik seorang lelaki yang berjaya, sering ada seorang wanita yang menjadi kekuatan, pendamping dan tempat untuk kembali.

Menghargai pasangan bukan sekadar melalui kata-kata, tetapi dengan mengiktiraf setiap pengorbanan kecil dan besar yang dilakukan demi keluarga serta impian bersama.

Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading